Abstract

Metafora merupakan satu bentuk gaya bahasa yang digunakan atas tujuan-tujuan yang tertentu. Keupayaan individu mengasosiasikan alam sekeliling ke dalam penulisan atau pertuturan mereka dapat memanifestasikan emosi individu tersebut. Oleh sebab ungkapan bermetafora mempunyai maksud tersiratnya, maka kajian ini dijalankan bagi menginterpretasi maksud tersirat yang terkandung dalam metafora api yang merepresentasikan emosi orang Melayu dalam penulisan mereka. Apabila maksud yang diimplikasikan oleh ungkapan bermetafora itu dapat dicungkil, jenis-jenis emosi dan klasifikasi nilai linguistik yang dimanifestasikan oleh ungkapan bermetafora itu juga dapat diperincikan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif dengan memanfaatkan data yang dijana daripada pangkalan data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi mencungkil maksud implisit tersebut, Teori Hibrid yang digagaskan oleh Tendahl (2009) dan diperkemas oleh Stöver (2010) yang dinamai Model Hibrid Baharu diterapkan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa orang Melayu begitu cenderung menggunakan api sebagai satu simbol untuk memanifestasikan emosi marah dibandingkan dengan emosi-emosi yang lain kerana kuat dipengaruhi oleh pegangan agama dan budaya. Hal ini sekali gus menunjukkan bahawa api lebih banyak digunakan dalam konteks yang negatif dalam ruang lingkup Melayu. Makalah ini juga memberikan pengetahuan tentang pengoperasian Model Proses Tiga Serangkai dengan lebih terperinci. Maka, kajian sebegini perlu dikembangkan lagi dengan meneliti penggunaan simbol ‘api’ dalam bahasa dan budaya yang berbeza yang pastinya akan memberikan dapatan yang lebih variasi. Kata kunci: api; emosi; metafora; Model Hibrid Baharu; pemikiran Melayu

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call