Abstract
Penulisan ini berkisar tentang komuniti Suluk dalam menempatkan diri mereka sebagai sebahagian daripada komuniti sejahtera di Malaysia. Dalam sepuluh tahun kebelakangan ini, individu mahupun komuniti ini dilihat bersaing dan menyesuaikan diri untuk meningkatkan kualiti hidup. Persaingan ini dilihat penting bagi sesebuah komuniti untuk meneruskan kehidupan dan menambah baik kualiti hidup agar tidak ketinggalan dengan persekitaran semasa. Situasi dalam dasawarsa ini turut mendorong komuniti Suluk untuk berusaha memartabatkan komuniti mereka dalam menikmati taraf sosial yang lebih baik. Oleh itu, artikel ini cuba merungkai persoalan bagaimana Suluk sebagai komuniti minoriti menggerakkan taraf sosial dan kemampuan mereka bersaing dengan komuniti lain di Malaysia. 1Persoalan ini ditekankan lagi dengan kesan peristiwa pencerobohan Tanduo di Lahad Datu yang jelas melahirkan sentimen tidak sihat komuniti lain kepada komuniti Suluk. Untuk itu, temu bual secara Focus Group Discussion (FGD) bersama komuniti Suluk di beberapa kawasan di Lahad Datu telah dilakukan dan hasilnya akan membantu dalam melihat sejauh mana kesejahteraan yang dicapai oleh mereka serta cabaran dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti mereka. 2Berdasarkan pada cerapan lapangan berlandaskan kaedah FGD, penulis dapat menemukan beberapa faktor keberadaan Suluk di Lahad Datu. Selain itu, komuniti Suluk terpaksa menerima beberapa cabaran dalam usaha mereka memartabat serta meningkatkan kesejahteraan hidup sebagai komuniti minoriti di Sabah khususnya selepas peristiwa Tanduo berlaku.
Talk to us
Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have
Similar Papers
Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.