Abstract

Dengan teknologi yang semakin maju sepantas kilat, teknik penyiasatan forensik yang baharu telah dibangunkan. Walau bagaimanapun, beberapa sabitan dalam kes jenayah masih bergantung pada teknik lama dan tradisional, seperti penggunaan anjing pengesan atau K-9. Umum mengetahui bahawa, anjing ialah haiwan yang pintar dan mempunyai deria bau yang tajam. Pada awalnya, mahkamah di Amerika Syarikat teragak-agak untuk menerima keterangan anjing pengesan dan telah meluahkan kebimbangan, khususnya apabila anjing membuat inferens. Namun, keterangan anjing pengesan telah diterima oleh mahkamah di Amerika Syarikat sejak satu abad yang lalu. Memandangkan anjing tidak boleh masuk ke kandang saksi untuk memberikan keterangan di mahkamah, pengendali anjing dibenarkan untuk memberikan keterangan bagi anjingnya berhubungan dengan penjejakan dan pengesanan. Mahkamah di bidang kuasa lain telah menganggap pengendali anjing sebagai saksi pakar. Hal ini menyebabkan pendapat mereka boleh diterima sebagai keterangan pakar. Artikel ini mengupas isu berkaitan dengan penggunaan anjing pengesan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang di Amerika Syarikat. Selain itu, artikel ini juga membincangkan kebolehterimaan keterangan anjing pengesan oleh mahkamah di Amerika Syarikat. Metodologi yang digunakan dalam artikel ini adalah deskriptif, doktrinal, analitis dan preskriptif kerana keputusan kes, jurnal dan buku berkaitan dengan keterangan anjing pengesan dianalisis.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.