Abstract

Papan tanda merupakan sebuah media konvensional luar yang digunakan sebagai platform penyampaian informasi kepada masyarakat. Penggunaan papan tanda dalam aktiviti promosi dan kempen di negara ini dirujuk masih lagi berlangsung sehingga ke hari ini termasuklah dalam Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menilai keberkesanan strategi lokasi media luar papan tanda dalam Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah. Kaedah kajian keratan rentas kuantitatif survei digunakan bagi pengrekrutan sejumlah 400 orang belia di negeri Pulau Pinang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keberkesanan strategi lokasi media luar papan tanda dalam kempen adalah di tahap sederhana tinggi. Penambahbaikan strategi ini masih boleh dijalankan dalam usaha memastikan keberkesanannya dapat dipertingkatkan sekaligus menjadikan kempen lebih berimpak kepada golongan masyarakat.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call