Abstract

Kajian “Keberkesanan Aplikasi Wordwall dalam Pengajaran dan Pembelajaran Gaya Bahasa Seloka Boros dan Jimat bagi Pelajar Tingkatan 4” menumpukan kepada fungsi atau kelebihan teknologi ini dalam membantu guru menjalankan pengajaran dalam kelas. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai (Verbal-Linguistik). Kajian terdiri daripada dua objektif iaitu pertama melihat kepada fungsi dan kelebihan aplikasi Wordwall dalam pengajaran dan pembelajaran gaya bahasa Seloka Boros dan Jimat. Objektif kedua pula melihat kepada keberkesanan penggunaan aplikasi ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai (Verbal-Linguistik). Kajian ini melibatkan tujuh responden yang terdiri daripada dua orang guru dan lima orang pelajar Tingkatan Empat yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu. Kajian ini merupakan kajian kualitatif iaitu melalui kaedah deskriptif, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data kajian dikumpul dengan membuat sesi temu bual bersama dua orang guru, pemerhatian berdasarkan senarai semak serta menganalisis lembaran kerja yang telah disiapkan oleh pelajar. Analisis daripada dapatan kajian mendapati bahawa guru menggalakkan penggunaan teknologi dalam pengajaran subjek Kesusasteraan Melayu bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesebuah topik yang diajar. Kefahaman pelajar juga dapat dilihat dengan jelas sebelum dan selepas penggunaan aplikasi Wordwall dalam pengajaran gaya bahasa Seloka Boros dan Jimat. Terbukti bahawa pelajar lebih menyukai dan memahami isi pembelajaran hasil daripada lembaran kerja yang diberi. Pelajar juga dilihat menerapkan teori Verbal-Linguistik semasa sesi pembelajaran berlaku sama ada secara lisan atau tulisan. Melalui dapatan kajian diharapkan agar dapat membantu dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru di dalam kelas.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call