Abstract

Gallery walk adalah satu kaedah pembelajaran berbentuk tugasan secara berkumpulan yang menggalakkan penglibatan aktif murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan secara Gallery walk melibatkan pergerakan murid ke setiap pameran hasil kerja kumpulan lain untuk meneroka idea melalui hasil tugasan yang dipaparkan pada dinding bilik darjah. Oleh hal demikian, satu kajian kes telah dilaksanakan untuk meninjau apakah implikasi penggunaan Gallery walk terhadap pendidikan inklusif di sekolah rendah. Kajian ini bertujuan untuk meneroka implikasi Gallery walk terhadap pelaksanaan, pengetahuan dan kebimbangan guru pendidikan inklusif di sebuah sekolah rendah di Miri. Kajian ini hanya melibatkan strategi pembelajaran Gallery walk dalam pendidikan inklusif sahaja. Data kajian ini diperoleh menerusi temu bual separa berstruktur, pemerhatian, dan analisis dokumen yang dikumpulkan secara kualitatif dan dianalisa menggunakan kaedah triangulasi data. Hasil kajianmendapati kedua-dua responden komited dalam pelaksanaan dan mempunyai pengetahuan berkenaan Gallery walk dalam PDPc. Namun demikian terdapat kebimbangan dalam prasarana sekolah yang terhad. Bagi memaksimumkan persekitaran pendidikan inklusif yang kondusif, guru boleh melaksanakan Gallery walk dengan cara menyesuaikan tahap keupayaan MBPK dengan aktiviti atau tugasan semasa PDPc di stesen fizikal atau bilik darjah. Selain itu, kesediaan rakan inklusif bersama MBPK dalam menjayakan kolaborasi pendidikan inklusif juga memainkan peranan penting dalam penggunaan Gallery walk. Diharapkan kajian melibatkan Gallery walk dalam program pendidikan inklusif seperti kokurikulum dapat diberikan perhatian pada masa depan.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.