Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan Tahap Kecemerlangan Pengajar ILKBS berdasar empat faktor iaitu Kompetensi Pengetahuan Kandungan, Kompetensi Pedagogikal, Kompetensi Sosial dan Kompetensi Keperibadian, kemahiran. Seramai 461 orang sampel tenaga pengajar kemahiran dari 20 buah IKBN seluruh Malaysia terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan (Purposive Sampling). Pengumpulan data dilakukan secara kaedah penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandunggi 114 item soalan Tahap kebolehpercayaan soal selidik adalah tinggi dengan nilai Cronbach Alpha 0.97. Data kuantitatif di analisis dengan menggunakan analisa statistik deskriptif, Analisis Varians Satu Hala (ANOVA) dan Analisis Regresi Berganda. Dapatan kajian menunjukkan Kecemerlangan tahap kompetensi pengajar kemahiran adalaha pada tahap yang tinggi. Tahap kompetensi pengetahuan dan pedagogikal adalah tinggi, tahap sosial dan keperibadian adalah sangat tinggi. Tidak terdapat perbezaan kompetensi tenaga pengajar kemahiran berdasarkan jantina. Tidak terdapat perbezaan kompetensi tenaga pengajar kemahiran berdasar pengalaman mengajar Terdapat perbezaan kompetensi berdasarkan bidang pengkhususan. Kecemerlangan tenaga pengajar berdasar aspek kompetensi sosial dan keperibadian adalah penting mempengaruhi kecemerlangan tenaga pengajar kemahiran. Kecemerlangan tenaga pengajar kemahiran mempunyai kolerasi dan hubungan yang kuat dengan peningkatan prestasi pengajaran dan pembelajaran graduan belia ILKBS. Output graduan belia ILKBS yang berkualiti lahir dari kecemerlangan tenaga pengajar kemahiran. ILKBS telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan belia bagi melahirkan belia berkemahiran bagi menyediakan sumber tenaga kerja untuk menyediakan pekerja mahir dan separa mahir bagi memenuhi kehendak keperluan industri Kata kunci: Pembangunan Belia, Kemahiran Belia, Kecemerlangan Tenaga Pengajar Kemahiran, Kompetensi, Tenaga Pengajar Kemahiran.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call