Abstract

Muzik dangdut adalah merupakan salah satu irama yang semakin diminati dan mendapat sambutan hangat dalam dunia hiburan tempatan. Muzik dangdut juga dilihat popular dan disenangi pelbagai golongan masyarakat termasuk kanak-kanak yang mendengarnya. Ketika ini fenomena muzik dangdut semakin diminati dan dapat dilihat dengan jumlah tontonan video yang tinggi terhadap eksistensi lagu-lagu dangdut di laman Youtube. Sebuah lagu berirama dangdut di Malaysia yang menarik perhatian untuk diselidiki adalah lagu berjudul ‘Goyang Upin & Ipin’ (2020). Video muzik animasi yang dimuat naik oleh Syarikat Les' Copaque Production tersebut telah mencatat lebih 1.4 juta tontonan hanya selama 24 jam dan 3.4 juta tontotan selepas 2 hari dimuat naik ke YouTube. Namun begitu, wujud stigma dan pelbagai kritikan ditimbulkan oleh masyarakat yang kurang senang dengan pemilihan irama muzik serta aksi-aksi yang dipaparkan dalam video muzik tersebut. Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa aksi ‘gelek’ kesan tindak balas latar muzik dangdut yang dimainkan boleh memberikan kesan negatif kepada minda kanak-kanak. Justeru itu, kajian ini dijalankan dengan kaedah kualitatif dengan penjelasan bersifat naratif terhadap kandungan lagu dalam konteks muzikal bagi menganalisis aspek muzikal lagu dangdut ‘Goyang Upin & Ipin’ secara autentik. Hasil analisis menunjukkan kesan ekspresi muzik dangdut tersebut cenderung mewujudkan rasa gembira dan memberi kesan ekspresi positif terhadap psikologi pendengar.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.