Abstract

Penilaian adalah peringkat penting dalam penghasilan produk menerusi pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan. Artikel ini mengemukakan penilaian terhadap kebolehgunaan model pembangunan jati diri remaja delinkuen di Malaysia menurut perspektif Islam yang dibangunkan. Fasa penilaian ini dilaksanakan menerusi aplikasi teknik kumpulan nominal ubahsuai berdasarkan persepsi pengguna (end user) model. Seramai enam orang pengguna dalam kalangan pengusaha, pengetua dan tenaga pengajar yang berpengalaman mengurus, membentuk, membangun dan memulihkan jati diri remaja di pusat-pusat pemulihan akhlak dipilih sebagai peserta. Peserta dikumpulkan dalam bengkel dan diberikan borang soal selidik yang menggunakan skala likert dalam penilaian kebolehgunaan model. Nilai skor pada skala ditukarkan dalam bentuk peratusan yang menentukan tahap kebolehgunaan. Hasil kajian mendapati kesemua empat (4) komponen utama bagi model pembangunan jati diri remaja delinkuen di Malaysia menurut perspektif Islam iaitu set induksi, pembangunan spiritual, pembangunan fizikal dan program susulan mendapat persetujuan kumpulan pengguna dengan nilai peratusan melebihi 70 peratus. Model yang dibangunkan sesuai digunakan sebagai panduan kepada pihak-pihak berkepentingan untuk membangun jati diri remaja delinkuen di Malaysia.

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.