Abstract

Makalah ini bertujuan meneliti lakaran perwatakan watak wanita yang yang terdapat dalam siri dan filem animasi bergenre aksi, khususnya siri animasi Ejen Ali: Musim 1, siri animasi Ejen Ali: Musim 2 dan filem Ejen Ali The Movie. Kajian ini juga berhasrat untuk merincikan jumlah watak wanita yang dipaparkan dalam siri dan filem ini berbanding dengan watak lelaki selain memerihalkan citra watak wanita yang terdapat dalam siri dan filem ini. Dapatan menunjukkan 38 watak wanita yang ditampilkan dalam siri animasi Ejen Ali: Musim 1, seramai 58 watak wanita pula dalam siri animasi Ejen Ali: Musim 2 dan 7 watak wanita dalam filem Ejen Ali The Movie. Watak lelaki didapati terus mendominasi dari segi populasi watak sama ada dalam rancangan bersiri ataupun filem. Dapatan juga memperlihatkan bahawa watak wanita dalam siri dan filem ini juga bersifat atipikal, khususnya aktif, bijak, mempunyai sifat pemimpin, berkerjaya dalam bidang sains dan kejuruteraan, cantik dan kurus, agresif, lasak serta bertentangan dengan stereotaip gender yang tradisional.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call