Abstract
Peribahasa telah digunakan oleh masyarakat Iban untuk menyampaikan nilai-nilai (positif dan negatif), ajaran (nasihat dan petunjuk), kearifan tempatan, dan pengalaman hidup. Masyarakat Iban juga menggunakan imej perlambangan di sekitar mereka untuk menonjolkan hubungan antara sikap manusia atau situasi kehidupan. Contohnya, imej perlambangan haiwan (mamalia). Maka, kajian ini bertujuan untuk menganalisis peribahasa Iban yang menggunakan imej perlambangan haiwan (mamalia) berpandukan pendekatan semantik inkuisitif (Nor Hashimah Jalaluddin, 2014). Data kajian pula diperoleh daripada Bup Sempama Iban yang ditulis oleh Casper Kayong Umping (2011). Hasil kajian mendapati bahawa, penciptaan peribahasa yang melibatkan imej perlambangan (mamalia) dalam masyarakat Iban terbahagi kepada dua, iaitu: (1) hidupan lautan, seperti ‘ikan iyu’, serta (2) hidupan daratan, seperti ‘mayau’, ‘tupai’, ‘ukui’, ‘jugam’, ‘kera’, ‘kijang’, dan ‘empeliau’. Rumusannya, keterlibatan imej perlambangan (mamalia) dalam peribahasa dapat mencerminkan pandangan masyarakat Iban terhadap alam dan haiwan sebagai sumber inspirasi. Masyarakat Iban juga memberikan penekanan pada nilai-nilai seperti kejujuran, ketelitian, disiplin, dan tindakan nyata dalam usaha mencapai tujuan hidup melalui penciptaan peribahasa berimejkan mamalia.
Talk to us
Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have
Similar Papers
Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.