Pengetahuan tentang kelakuan dan korelasi antara ciri-ciri tanah adalah penting dan berguna bagi rekabentuk dan ramalan pembinaan. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan sifat-sifat kejuruteraan tanah baki granit di Semenanjung Malaysia. Tanah baki granit di Semenanjung Malaysia boleh dikelaskan sebagai tanah liat hingga pasir berkelodak dengan keplastikan rendah sehingga tinggi. Kandungan lembapan semulajadi bertambah dengan kedalaman dan kandungan lempung dan ianya berjulat di antara 10% - 40 %. Nilai graviti tentu didapati berjulat di antara 2.50 dan 2.74. Indeks mampatan, pekali pengukuhan dan pekali kebolehtelapan masing-masing berjulat 0.11– 0.42, 1.53 – 49.64 m2 tahun-1 dan 1.1 x – 9.86 x 10-9 ms-1. Nilai kejeleketan berkesan pula antara 0 – 36.4 kNm-2 manakala sudut geseran berkesan di antara 16º – 31º. Beberapa kolerasi di antara ciri-ciri kejuruteraan tanah baki dapat ditentukan dan boleh dijadikan panduan dalam rekabentuk awalan bagi pembinaan struktur