Abstract

Zakat merupakan mekanisme utama dalam Islam bagi menyusun sosioekonomi masyarakat Islam. Zakat emas merupakan sesuatu yang sudah lama dilaksanakan semasa zaman awal Islam lagi. Emas merupakan sesuatu yang sangat berharga dan kalis inflasi. Emas bukan sahaja dijadikan sebagai alat hiasan wanita tetapi juga sebagai alat simpanan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Terdapat institusi perbankan Islam dan juga institusi agama yang menawarkan pembelian dan penjualan emas secara fizikal dan juga secara simpanan emas melalui akaun. Kini pembelian dan penjualan emas juga turut ditawarkan oleh syarikat-syarikat besar seperti Quantum Metal Sdn. Bhd. Oleh itu artikel ini akan mengkaji sejauh mana produk-produk emas yang ditawarkan oleh Syarikat Quantun Metal dikenakan zakat atau sebaliknya. Kajian ini hanya memfokuskan Syarikat Quantun Metal Sdn. Bhd. sahaja. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah penyelidikan secara perpustakaan telah digunakan bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Hasil kajian mendapati semua produk emas yang ditawarkan oleh Syarikat Quantum Metal perlu dibayar zakat oleh ahlinya. Namun, pembayaran zakat ini tertakluk kepada beberapa situasi atau keadaan. Oleh itu, institusi zakat negeri perlu memastikan setiap ahli Syarikat Quantum Metal Sdn. Bhd. membayar zakat apabila cukup syarat-syaratnya dan mengambil peluang ini untuk menyedarkan mereka tentang kewajipan menunaikan zakat emas. Ini akan memberi impak positif kepada peningkatan jumlah pungutan zakat setiap tahun.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call