Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan Strategi Pengajaran Timbal Balik (STB) terhadap kemahiran membaca dan minat membaca murid dalam mata pelajaran Bahasa Cina. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi. Subjek kajian terdiri daripada murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) iaitu seramai 63 orang murid Tahun Lima. Seramai 35 orang murid dalam kumpulan rawatan diajar menggunakan STB dan 28 orang murid dalam kumpulan kawalan diajar menggunakan teknik konvensional. Data kuantitatif dikutip melalui ujian pra, ujian pos dan soal selidik. Data kualitatif juga dikutip untuk menyokong data-data kuantitatif melalui temu bual. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di dalam kemahiran membaca di antara kumpulan rawatan (M=58.06, SP=16.37) dan kumpulan kawalan (M=48.18, SP=19.62) dalam ujian pos, t(61)=3.13, p<0.05. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di dalam minat membaca di antara murid kumpulan rawatan (M=39.29, SP=4.21) dan kumpulan kawalan (M=34.50, SP=3.70), t(61)=4.73, p<0.05. Data temu bual pula menunjukkan bahawa murid suka membaca dan aktiviti membaca merupakan sesuatu yang menarik bagi mereka selepas penggunaan STB. Kesimpulannya, STB didapati dapat meningkatkan kemahiran membaca murid di samping dapat meningkatkan minat membaca murid. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memanfaatkan para pendidik dan murid-murid dalam penguasaan kemahiran membaca terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Cina.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.