Abstract

Industri Skel Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang amat penting terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Bilangan pertumbuhannya yang banyak merangkumi hampir 90% daripada jumlah pertubuhan sektor pembuatan di Malaysia. Hal ini menjadikan industri ini mempunyai kemampuan yang tinggi dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Namun sumbangannya dari segi output tidak setimpal dengan bilangan pertubuhannya dan jauh lebih rendah daripada sumbangan Industri Skel Besar (ISB) yang banyak didominasikan oleh pelabur asing. Jumlah output atau nilai ditambah IKS hanya merangkumi sekitar 30% daripada keseluruhan ouput pembuatan. Keadaan ini ada kaitannya dengan rendahnya kecekapan IKS dalam mengendalikan aktiviti pengeluarannya dan teknologi yang digunakan jauh terkebelakang daripada yang berlaku dalam ISB. Kedua-dua komponen ini menyumbang kepada rendahnya Pertumbuhan Produktiviti Faktor Keseluruhan (TFPG) IKS. Artikel ini akan menganalisis perubahan kecekapan teknikal, perubahan teknologi dan TFPG dalam IKS. Seterusnya artikel ini melihat sejauh mana perubahan teknologi mempengaruhi pertumbuhan output IKS. Bagi mencapai objektif ini data IKS daripada Penyiasatan Industri Pembuatan, Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tempoh 1985-2003 digunakan. IKS didefinisikan sebagai industri dengan bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 200 orang. Data ini merangkumi 10 sub industri IKS pada tahap pengkelasan Industri Piawaian Malaysia (MSIC) 3 digit. Analisis kertas ini bermula dengan melihat perubahan kecekapan teknikal, perubahan teknologi dan TFPG yang berlaku dalam IKS dengan menggunakan kaedah Data Envelopment Analysis (DEA). Analisis seterusnya ialah menggunakan perubahan teknologi sebagai salah satu pemboleh ubah dalam model pertumbuhan output IKS bersama-sama dengan faktor modal dan buruh untuk melihat sejauh mana perubahan teknologi mempengaruhi pertumbuhan output. Analisis peringkat kedua ini menggunakan kaedah kuasa dua terkecil (OLS).

Highlights

  • The study showed that total factor productivity (TFP) growth for the overall SMEs is negative due to negative change of both technical change and technological change

  • Analysis at the sub-industry level showed positive TFP growth for food and beverages, textiles, and plastic products, which was due to positive growth of their technical change

  • This article introduces a new measurement for technological change from a Data Envelopment Analysis (DEA) approach to be incorporated in the production function

Read more

Summary

Universiti Malaya

Industri Skel Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang amat penting terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Keadaan ini ada kaitannya dengan rendahnya kecekapan IKS dalam mengendalikan aktiviti pengeluarannya dan teknologi yang digunakan jauh terkebelakang daripada yang berlaku dalam ISB. Kedua-dua komponen ini menyumbang kepada rendahnya Pertumbuhan Produktiviti Faktor Keseluruhan (TFPG) IKS. Artikel ini akan menganalisis perubahan kecekapan teknikal, perubahan teknologi dan TFPG dalam IKS. Seterusnya artikel ini melihat sejauh mana perubahan teknologi mempengaruhi pertumbuhan output IKS. Bagi mencapai objektif ini data IKS daripada Penyiasatan Industri Pembuatan, Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tempoh 1985-2003 digunakan. Analisis kertas ini bermula dengan melihat perubahan kecekapan teknikal, perubahan teknologi dan TFPG yang berlaku dalam IKS dengan menggunakan kaedah Data Envelopment Analysis (DEA). Analisis seterusnya ialah menggunakan perubahan teknologi sebagai salah satu pemboleh ubah dalam model pertumbuhan output IKS bersama-sama dengan faktor modal dan buruh untuk melihat sejauh mana perubahan teknologi mempengaruhi pertumbuhan output. Analisis peringkat kedua ini menggunakan kaedah kuasa dua terkecil (OLS)

Perkembangan dan Sumbangan IKS di Malaysia
InIndduusstrtiriKKeeccililddaann SSedeedrehrahnaana
Kerangka DEA
Perkembangan Model Pertumbuhan
KAJIAN LEPAS
SPESIFIKASI MODEL DAN DATA
Punca Pertumbuhan Produktiviti Faktor Keseluruhan
Perubahan produktiviti faktor keseluruhan
Keputusan Penganggaran Model Pertumbuhan IKS
Peralatan Pengankutan
Perubahan Teknologi
RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call