Abstract

Abstrak
 Sistem pendidikan pada masa sekarang telah melalui satu fasa tranformasi ke arah pembelajaran berasaskan teknologi. Banyak pendekatan teknologi sudah diaplikasikan dalam pembelajaran sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti. Penggunaan media baharu seakan-akan menjadi satu trend, kesan daripada pandemik Covid 19 yang melanda dunia pada masa sekarang. Pelajar telah didedahkan dengan platform atas talian seperti zoom, webex, you tube, Instagram, facebook, tik tok dan sebagainya untuk membuat persembahan tugasan. Oleh yang demikian, dalam kertas kerja ini akan melihat maklum balas pelajar terhadap penggunaan teknologi dalam pembelajaran bahasa Sepanyol peringkat asas di Universiti Putra Malaysia. Seramai 104 pelajar memberi maklum balas berkaitan dengan kepuasaan mereka mempelajari bahasa Sepanyol melalui penggunaan teknologi seperti you tube. Selain itu aplikasi atas talian untuk tujuan pembelajaran juga diperkenalkan seperti wordwall, duolingo, lingua.com, spanishspanish.com dan studyspanish.com. Objektif kajian adalah bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan teknolgi digunakan dan menganalisis maklum balas pelajar terhadap pembelajaran bahasa Sepanyol berdasarkan penilaian pengajaran yang perlu dibuat. Secara rumusan berdasarkan hasil dapatan, kebanyakkan pelajar sangat berpuas hati dengan pendekatan teknologi yang digunakan oleh pensyarah.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call