Abstract

Sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) adalah sebuah sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa penghantar didalam pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini peratusan murid melayu yang bersekolah di SJKC semakin meningkat. Ini menunjukkan keterbukaan sikap ibu bapa menerima kepelbagaian budaya dalam pendidikan anak. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi keputusan ibu bapa Melayu menghantar anak bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Kajian ini adalah kajian deskriptif berbentuk kuantitatif. Kajian ini menggunakan teknik persampelan bukan rawak yang melibatkan 100 orang ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Nilai iaitu SJKC Putra Nilai dan SJKC Kuo Min. Data dianalisis menggunakan perisian Statiscal Package For The Social Science (SPSS 29). Dapatan kajian mendapati faktor latar belakang (min=2.78 dan sp=0.64), faktor kelebihan SJKC (min=4.25 dan sp=0.67), faktor ekonomi (min=3.29 dan sp=0.70), faktor kemudahan sekolah (min=4.13 dan sp=0.65), faktor kebudayaan masyarakat (min=4.20 dan sp=0.66). Kesimpulan daripada dapatan kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi pemilihan ibu bapa pada tahap yang tinggi ialah faktor kelebihan SJKC, faktor kemudahan sekolah dan faktor kebudayaan masyarakat. Justeru itu, kajian ini menunjukkan pelbagai faktor yang mempengaruhi ibu bapa Melayu dalam memilih dan memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak seiring dengan globalisasi pada masa ini.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.