Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor penentu kejayaan yang mempengaruhi jangkaan tempoh tamat pengajian mahasiswa pasca ijazah. Kajian ini juga ingin melihat interaksi aktiviti perkongsian pengetahuan dengan jangkaan tempoh tamat pengajian mahasiswa pasca ijazah. Kajian ini telah melibatkan seramai 210 orang responden daripada mahasiswa pasca ijazah penyelidikan dalam bidang Sains Sosial di UTM, Johor Bahru. Fakulti yang terlibat adalah Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM) dan Fakulti Pendidikan (FP). Borang kaji selidik merupakan instrumen utama bagi menjawab setiap soalan yang diutarakan. Aplikasi “Google Docstoc” telah diaplikasikan dalam mengagihkan borang soal selidik kepada responden. Kesemua data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences 18.0 (SPSS). Faktor-faktor penentu kejayaan yang diketengahkan adalah terdiri daripada faktor individu, faktor kualiti seliaan dan faktor sokongan organisasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor individu, faktor kualiti seliaan dan faktor sokongan organisasi mempunyai hubungan positif dengan jangkaan tempoh tamat pengajian pada tahap signifikan p<0.05. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa aktiviti perkongsian pengetahuan merupakan moderator bagi faktor kualiti seliaan dan faktor sokongan organisasi pada tahap signifikan p<0.05.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call