Abstract

Ijtihad jama’i merupakan sebuah mekanisme perbincangan para ulama dan pakar dalam menyelesaikan pelbagai masalah kontemporari. Dalam perihal pembangunan harta wakaf pada masa kini, ijtihad jama’i turut berperanan dalam mengoptimumkan potensi dan sumbangan harta wakaf kepada pelbagai sektor pembangunan ekonomi. Dengan mengambil kira kecenderungan orang ramai untuk memberi sumbangan wakaf secara tunai berbanding mewakafkan harta tak alih seperti tanah dan bangunan, kelulusan dan keharusan wakaf tunai telah mengembalikan fungsi wakaf sebagai sektor ekonomi yang ketiga. Di Malaysia, penawaran skim wakaf tunai adalah di bawah bidang kuasa negeri kerana ia adalah sebahagian daripada perihal pentadbiran agama Islam. Oleh itu, skim wakaf tunai yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) akan merujuk kepada peruntukan statutori negeri yang sedia ada atau merujuk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri. Justeru, kajian ini merupakan kajian secara konseptual yang bertujuan mengkaji peranan ijtihad jama’i dalam pembentukan skim wakaf tunai bagi negeri-negeri di Malaysia.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call