Abstract

Tujuan – Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh sikapguru terhadap komitmen guru dalam membuat keputusan di sekolah menengah berpencapaian tinggi di negeri Kedah serta mengkaji peranan galakan pengetua sebagai perantara. Metodologi – Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk memperoleh data. Sampel kajian ini adalah 399 orang guru yang dipilih secara rawak dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) berpencapaian tinggi di seluruh negeri Kedah. Soal selidik kajian ini mengandungi 40 item serta mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Cronbach Alpha 0.94. Data kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Analisis Regresi Berganda. Dapatan – Dapatan kajian menunjukkan tahap galakan pengetua dalam membuat keputusan berada pada tahap tinggi manakala tahap komitmen guru dalam membuat keputusan adalah pada tahap sederhana. Analisis regresi menunjukkan faktor Sikap Guru mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap Komitmen Guru iaitu Kesetiaan dan Kesediaan untuk Kekal di sekolah. Dapatan turut menunjukkan bahawa Galakan Pengetua menjadi perantara separa antara hubungan Sikap Guru dan Kesetiaan dan Kesediaan untuk Kekal dalam membuat keputusan. Signifikan – Hal ini dengan jelas menggambarkan bahawa guru-guru yang menunjukkan sikap yang positif semasa terlibat dalam proses membuat keputusan di sekolah berpencapaian tinggi akan terus kekal di sekolah tersebut. Dapatan juga menjelaskan bahawa Galakan daripada pengetua secara berterusan akan mempengaruhi sikap guru untuk turut terlibat dalam membuat keputusan dan seterusnya meningkatkan komitmen guru.

Highlights

  • The findings showed that principals’ support in decision making was at a high level while the level of teachers’ commitment in decision-making was at moderate level

  • This study illustrates that teachers who have a positive attitude while engaged in decision-making in high performance schools will remain at the school

  • Continuous encouragement by principals will affect the attitude of teachers towards participation in decision making

Read more

Summary

Universiti Utara Malaysia

Tujuan – Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh sikap guru terhadap komitmen guru dalam membuat keputusan di sekolah menengah berpencapaian tinggi di negeri Kedah serta mengkaji peranan galakan pengetua sebagai perantara. Analisis regresi menunjukkan faktor Sikap Guru mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap Komitmen Guru iaitu Kesetiaan dan Kesediaan untuk Kekal di sekolah. Turut menunjukkan bahawa Galakan Pengetua menjadi perantara separa antara hubungan Sikap Guru dan Kesetiaan dan Kesediaan untuk Kekal dalam membuat keputusan. Signifikan – Hal ini dengan jelas menggambarkan bahawa guruguru yang menunjukkan sikap yang positif semasa terlibat dalam proses membuat keputusan di sekolah berpencapaian tinggi akan terus kekal di sekolah tersebut. Dapatan juga menjelaskan bahawa Galakan daripada pengetua secara berterusan akan mempengaruhi sikap guru untuk turut terlibat dalam membuat keputusan dan seterusnya meningkatkan komitmen guru.

OBJEKTIF KAJIAN
Definisi Operasional
Kerangka Kajian
Komitmen Guru
METODOLOGI KAJIAN
Muzammil Yassin menggalakkan penyertaan dan Sanitah Mohd guru dalam proses
Jantina Lelaki Perempuan
Tahap Galakan Pengetua
Tahap Komitmen Guru di Sekolah
Variabel Bebas Sikap
Beta Terpiawai Beta Terpiawai
IMPLIKASI KAJIAN
Findings
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.