Abstract

Kehilangan minat dalam matematik membawa kesan dalam pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Kajian tinjauan literatur bersistematik ini akan membincangkan tentang pengaruh kepercayaan matematik terhadap hasil pembelajaran murid. PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-analyses) dipandukan dalam proses pemilihan artikel yang menepati skop kajian ini. Pengkaji telah memilih sebanyak 20 artikel dari dua pangkalan data iaitu Scopus dan Web of Science (WOS) dari tahun 2019 hingga 2023. Dapatan kajian mendapati melebih separuh bilangan negara dalam kajian ini merupakan negara Asia. Ini menunjukkan negara Asia memandang serius terhadap implikasi kepercayaan matematik terhadap hasil pembelajaran murid. Di samping itu, hasil analisis juga menunjukkan bahawa kepercayaan matematik murid akan mempengaruhi hasil pembelajaran mereka di sekolah. Kepercayaan matematik yang positif membawa kesan baik manakala kesan kurang baik akan disebabkan oleh kepercayaan matematik yang negatif. Justeru, pihak guru matematik dan ibu bapa harus bekerjasama untuk membincangkan intervensi yang untuk menyelesaikan masalah kepercayaan matematik negatif.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.