Abstract

Kehadiran perdagangan elektronik yang berasaskan internet atau juga dikenali sebagai e-dagang memberi peluang yang besar kepada para usahawan bagi mengembangkan perniagaan mereka termasuklah menembusi pasaran global. Pelbagai usaha, program, kursus mahupun aktiviti telah dilaksanakan oleh Persatuan Komuniti Usahawan Asnaf Negeri Melaka (PKUA) di bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), namun kadar penerimaan usahawan asnaf terhadap teknologi e-dagang ini masih rendah. Kajian ini menggunakan Model Penerimaan Teknologi (TAM) bagi mengenal pasti persepsi usahawan asnaf terhadap e-dagang dalam perniagaan mereka. Kaedah penyelidikan secara kualitatif seperti pemerhatian dan juga temu bual dalam mengumpul data telah digunakan dalam kajian ini. Seramai enam orang usahawan asnaf telah ditemu bual. Kajian menunjukkan usahawan asnaf mempunyai persepsi yang positif dan percaya e-dagang penting serta berupaya mengembangkan perniagaan mereka. Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan turut diberikan bagi meningkatkan lagi penggunaan e-dagang di kalangan usahawan asnaf.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call