Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui literasi kesihatan dalam kalangan pelajar sekolah asrama di sebuah daerah dalam negeri Perak. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan. Borang soal selidik dijadikan instrumen untuk memperolehi data kajian daripada responden. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah. Seramai 80 pelajar yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Data dianalisa menggunakan perisian SPSS 23.0. Bagi mengukur literasi kesihatan pelajar, pengkaji menggunakan soal selidik The European Health Literacy Survey Questionnaire for The Malaysian Context, HLS-M-Q18 Mohammad (2020) mengandungi 18 item versi pendek. Soal selidik merangkumi penjagaan kesihatan, pencegahan penyakit dan promosi kesihatan. Instrumen ini telah digunakan untuk mengukur literasi kesihatan dan mempunyai kebolehpercayaan yang kuat, kesahan struktur dan membina kesahan yang memenuhi kriteria yang diperlukan. Hasil kajian nilai min tahap penjagaan kesihatan dalam kalangan pelajar adalah sederhana dan tinggi, di antara (min=3.34: SP=1.078 hingga min=4.23: SP=0.968). Bagi tahap pencegahan penyakit didapati nilai min dalam kalangan pelajar adalah sederhana dan tinggi, di antara (min=3.18: SP=1.188 hingga min=4.56: SP=0.744), dan nilai min tahap promosi kesihatan dalam kalangan pelajar pula adalah sederhana dan tinggi, di antara (min=3.19: SP=1.213 hingga min= 3.97: SP=0.795). Secara keseluruhannya kajian ini menjelaskan bahawa literasi kesihatan dalam kalangan pelajar asrama adalah baik. Oleh demikian diharap semua pelajar dapat mengamalkan literasi kesihatan melalui penjagaan kesihatan, pencegahan penyakit dan promosi kesihatan untuk kesejahteraan kesihatan bersama.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.