Abstract

Standard Guru Malaysia merupakan piawaian yang menggariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru,dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru-guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kompetensi pelajar Ambilan Jun 2018 yang baharu menamatkan pengajian mereka selama lima (5) tahun di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur . Sampel kajian terdiri daripada 85 orang pelajar yang telah mengikuti pengajian dalam bidang pengkhususan Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan, Masalah Pendengaran), Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan Senarai Semak Kompetensi Diri (SSKD) SGM 2.0. Dimensi Kompetensi dalam Kerangka SGM 2.0 menjadi rujukan utama dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap kompetensi keseluruhan domain SGM 2.0 pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 IPGKIK berada pada min=3.0 (SP=0.78). Ini menunjukkan bahawa pelajar telah berjaya mencapai standard kompetensi SGM 2.0 dalam keempat-empat domain SGM 2.0 iaitu orientasi ilmu, orientasi ilmu, instruksional, pelibatan komuniti dan kualiti peribadi. Walaupun min keempat-empat domain mencapai standard kompetensi SGM 2.0, didapati bahawa min bagi domain orientasi ilmu adalah 2.95 dan min bagi domain instruksional adalah 2.98 berbanding dengan domain pelibatan komuniti iaitu min 3.00 dan domain kualiti peribadi dengan min 3.08. Pengkaji juga mencadangkan bahawa IPGM terus merancang dan menambahbaik program yang ditawarkan dengan mengambilkira cabaran masa kini untuk membangunkan generasi pelajar yang dapat menghadapi dan menangani cabaran-cabaran baharu terutamanya dalam era revolusi informasi abad ke-21 agar dapat menghasilkan bakal guru yang kompeten dan berjiwa pendidik serta menepati standard SGM 2.0.

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.