Abstract

Abstrak: Pertanian merupakan kerjaya yang memenuhi keperluan ekonomi negara mampu menyelesaikan keperluan masyarakat seperti bekalan daging, sayur-sayuran dan perkara-perkara yang melibatkan penternakan dan pertanian. Sebanyak 551 ayat atau bersamaan 8.8% dari keseluruhan al- Qur’an berkaitan dengan bidang agro. Allah SWT telah memerintahkan manusia agar memakmur dan memajukan bumi ini termasuklah bidang agro. Kertas kerja ini ingin mengenal pasti komponen-komponen penting dalam membangunkan model kurikulum agro menurut perspektif Islam. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu menggunakan tinjauan iaitu kaedah temu bual. Hasil kajian mendapati bahawa antara komponen penting dalam membangunkan kurikulum agro menurut perspektif Islam adalah pengurusan kandang, pengurusan induk/anak, pengurusan makanan, pengurusan penyakit/rawatan, pengurusan baja organik dan pengurusan pemasaran. Impak daripada kajian ini akan memberikan gambaran awal terhadap komponen-komponen penting dalam membangunkan kurikulum agro daripada perspektif Islam yang boleh digabungkan dengan bidang lain seperti bidang tahfiz atau sains sosial untuk menaik taraf kehidupan masyarakat di Malaysia. Abstract: Agriculture is a career that meets the needs of the country's economy, able to meet the needs of the community such as the supply of meat demand, vegetables and anything which involve livestock and agriculture. A total of 551 verses or equivalent to 8.8% of the entire Holy Al- Qur'an are related to agriculture. Allah SWT has ordered humans to prosper and develop this world including agro field. This paper wants to identify the important components in developing an agro curriculum model according to the Islamic perspective. The methodology of this study is qualitative, which uses a survey which is an interview method. The results of the study found that among the important components in developing an agro curriculum according to an Islamic perspective are barn management, parent/offspring management, food management, disease/treatment management, organic fertilizer management and marketing management. The impact of this study will provide an initial overview of the important components in developing an agro curriculum from an Islamic perspective that can be combined with other fields such as the field of tahfiz or social science to upgrade community life in Malaysia.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call