Abstract

This study discusses on the scholarship and contributions of Ustaz Che Yahaya bin Daud in the field of tarannum towards the people in the state of Kelantan in particular and Malaysia in general. The objective of this study is to explore in detail the specialty and distinctive quality of Ustaz Che Yahaya bin Daud in the field of Quranic reading. The researcher investigates Ust Che Yahya’s involvement in the field of tarannum as well as to identify the method he uses in delivering tarannum knowledge to qari and qariah in Malaysia. The author uses two main methods to collect important data for this study, which are interviews and observation methods. The researcher found that the Ustaz Che Yahaya bin Daud has contributed significantly to the community in the field of tarannum and Quranic studies not only in the state of Kelantan, but also throughout Malaysia. The contributions included discovering new talents and improving the quality of existing qari and qariah. The study also found that Ustaz Che Yahaya bin Daud was greatly influenced by the reading of Syeikh Mustafa Ismailfrom Egypt where he has applied the Syeikh’s approaches in his teaching and learning method.
 ABSTRAK
 Kajian ini adalah berkaitan dengan ketokohan dan sumbangan Ustaz Che Yahaya bin Daud dalam bidang tarannum kepada masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan Malaysia amnya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui secara terperinci tentang keistimewaan dan kelebihan Ustaz Che Yahaya bin Daud dalam bidang pembacaan al-Quran secara bertarannum. Dalam hal ini, penulis menyelidiki tentang latar belakang penglibatan beliau bidang tarannum serta mengenalpasti metode yang digunakan oleh beliau dalam menyampaikan ilmu tarannum kepada qari dan qariah di Malaysia. Penulis menggunakan dua kaedah utama untuk mengumpul data-data penting bagi kajian ini iaitu kaedah temubual dan pemerhatian. Penulis mendapati sumbangan yang telah diberikan oleh Ustaz Che Yahaya bin Daud kepada masyarakat dalam bidang tarannum dan pengajian al-Quran amat banyak bukan sahaja di negeri Kelantan, malah di Malaysia. Ia termasuk melahirkan bakat-bakat baru serta meningkatkan mutu qari dan qariah yang sedia ada dalam dunia tilawah. Kajian juga mendapati bahawa Ustaz Che Yahaya bin Daud banyak terkesan dan menerapkan uslub bacaan Syeikh Mustafa Ismail dari Mesir di dalam kaedah pengajaran dan pembelajarannya.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call