Abstract

Pada tahun 5 Jun 2015, Sabah digemparkan dengan kejadian gempa bumi sekuat 5.9 skala richter yang menyebabkan sebilangan nyawa terkorban dan hartabenda. Fenomena ini juga menyebabkan perubahan fizikal muka bumi yang mengakibatkan frekuensi banjir di Kota Belud semakin meningkat. Kesan daripada frekunsi banjir ini memberi kesan kepada sosio-ekonomi penduduk di daerah tersebut dari aspek pendapatan, perniagaan, trauma, infrastruktur perhubungan terjejas dan juga tempat tinggal penduduk itu sendiri yang menjadi mangsa kepada banjir ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti impak frekunsi banjir ini kepada penduduk di daerah Kota Belud dengan mengedarkan borang soal selidik di samping melawat kawasan kampung yang selalu terjejas dengan banjir. Secara kesuluruhan Analisis data adalah menggunakan kaedah Spatial Analysis (Arcgis) untuk mengesan kampung yang pempunyai kesan sosio-ekonomi dan hasil analisis soal selidik akan digunakan untuk menyokong dapatan analsis GIS. Kertas ini dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan antara kejadian frekuensi banjir dan implikasinya kepada penduduk kampung-kampung di Kota Belud berkaitrapat. Situasi ini akan dapat memberi gambaran yang lebih luas walaupun impak sosio ekonomi penduduk ini tidak dapat dilihat secara mata kasar dari pelbagai pihak.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call