Abstract

Kepimpinan Distributif mengimplementasikan amalan kepimpinan yang lebih bersifat kebersamaan dan perkongsian tanggungjawab di antara pengurus sekolah dan guru di sesebuah sekolah dilihat berupaya untuk mempengaruhi komitmen guru ke arah pembentukan sekolah berkualiti. Satu usaha KPM ialah Program Sekolah Transformasi 2025 (TS25), yang bertujuan untuk meningkatkan kemenjadian murid dan kualiti sekolah dengan membudayakan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan. Objektif kajian bermatlamat untuk mengukur tahap kepimpinan distributif guru besar dan komitmen guru di Sekolah Transformasi (TS25) di daerah Johor Bahru, Johor. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan seramai 280 orang guru di sekolah rendah (TS25). Perisian SPSS versi 27 digunakan untuk mentafsirkan data kuantitatif dan membuat kesimpulan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepimpinan distributif guru besar adalah tinggi (min=4.56, sp=0.43), dan komitmen guru juga tinggi (min=4.08, sp=0.43). Hubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana (r=0.432**, p<0.01) antara kepimpinan distributif guru besar dan komitmen guru ditemui dalam analisis inferensi dengan ujian Korelasi Pearson. Kesimpulannya kajian ini membuktikan bahawa kepimpinan distributif memberi impak terhadap komitmen guru untuk bergerak bersama pemimpin sekolah dalam menterjemahkan kejayaan pelaksanaan sekolah transformasi (TS25), turut membantu PPD,JPN atau KPM dalam merangka dan menyediakan dasar, pelan atau latihan kepada barisan kepimpinan sekolah mahupun guru bagi merealisasikan kepimpinan berkualiti dan guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.