Abstract

Keupayaan pemikiran pelajar dalam matematik adalah satu komponen penting yang perlu dimiliki oleh pelajar untuk membantu mereka dalam menyelesaikan masalah matematik berkaitan kehidupan seharian. Pembelajaran berasaskan masalah yang digabungkan dengan strategi konflik kognitif (PBLKK) boleh dilaksanakan untuk membangunkan keupayaan pemikiran kreatif. PBLKK adalah perbandingan struktur pembelajaran kognitif pelajar. Dalam keadaan ini, terdapat konflik antara pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar-pelajar dan keadaan yang telah disediakan. Tujuan utama kajian adalah menentukan keupayaan pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah. Kajian bereksperimen ini melibatkan populasi pelajar sekolah menengah rendah di bandar Palu. Sampel adalah 200 pelajar di SMPN 1, SMPN 6 dan SMPN 18. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini termasuklah ujian matematik, rekod kemajuan pelajar, ujian kemahiran matematik dalam pemikiran kreatif. Data analisis dan ujian hipotesis yang digunakan adalah ujian-t, Anova sehala dan ujian Anova dua hala. Berdasarkan dapatan kajian didapati: (1) keupayaan pemikiran kreatif pelajar terhadap matematik yang menerima PBLKK mendapat keputusan yang lebih baik berbanding pelajar yang menerima pembelajaran konvensional (KV); (2) terdapat perbezaan dalam keupayaan pemikiran kreatif pelajar terhadap matematik berdasarkan pencapaian sekolah dan pengetahuan sedia ada pelajar; (3) Tidak terdapat interaksi antara pencapaian sekolah dan model pembelajaran ke atas keupayaan pemikiran kreatif dan kritis terhadap matematik dan tingkah laku pelajar; (4) Tidak terdapat interaksi antara pengetahuan pelajar sebelumnya dan model pembelajaran ke atas keupayaan pemikiran kreatif dan kritis terhadap matematik dan tingkah laku pelajar.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call