Abstract

Pendekatan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) yang diaplikasikan kepada murid sekolah di seluruh negara memberi impak positif dalam melahirkan murid yang holistik pada masa depan (Berita Harian, 2018). Elemen ini merupakan kemahiran Komunikasi, Kolaboratif, Pemikiran Kritis dan Kreativiti menjadi aspek terpenting dalam PAK-21 yang digunakan dalam kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) masa kini. Pelaksanaan PAK-21 tidak tertumpu pada susun atur meja atau penggunaan bahan semata-mata, sebaliknya elemen 4C ini perlu diberi lebih perhatian kepada keberkesanan PdPc bagi murid abad ke-21 bersaing dengan persada global. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kecenderungan murid terhadap penguasaan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) bagi murid tingkatan empat di tiga buah Sekolah Menengah Swasta sekitar Hulu Langat dan mengenal pasti perbezaan tahap penguasaan elemen 4C dalam PAK-21 berdasarkan jantina. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan antara kecenderungan murid dengan elemen 4C. Instrumen kajian yang digunakan adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan dalam bentuk google form dengan pengukuran skala likert. Instrumen ini diberi pengujian secara rawak kepada 123 orang murid tingkatan empat. Untuk menganalisis data, statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan peratusan digunakan. Selain itu, analisis data juga menggunakan statistik inferensi, melalui ujian korelasi Pearson bagi mengetahui hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Oleh itu, perisian SPSS 27.0 digunakan untuk mendapatkan kedua-dua data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecenderungan murid terhadap penguasaan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) berada pada tahap tinggi dengan min skor 3.79. Tambahan lagi, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penguasaan elemen 4C terhadap murid lelaki dan perempuan, t(123)=-0.143,p>0.05. Manakala, hubungan kecenderungan murid dengan elemen 4C PAK-21 ini pula berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang kuat antara kedua-dua pemboleh ubah.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call