Abstract

This study aims to examine the relationship between internal corporate social responsibility (CSR) practices and job satisfaction of employees in a Malaysian banking company. The study utilised Carroll’s revised pyramid of global CSR and performance model with the selected CSR dimensions developed by Mohd Hasan (2013), consisting of the best global and local CSR practices. Multistage sampling, simple random sampling and convenient sampling was used. This study employed a quantitative (survey) method, wherein questionnaires were distributed to 342 bank staff (managerial and non-managerial), but only 174 valid responses were received. The data were analysed using Pearson-Product Moment Correlation test and Multiple Regression test through the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 22.0. The findings of multiple regression analysis revealed that human rights, labour rights and compliance with certified international standards pertaining to ethical and legal aspects of internal CSR were significant predictors of job satisfaction in the current context. Conclusion, limitations, implications of the findings, and suggestions for future study are also discussed. Keywords: Banking company; business ethics; employees; internal corporate social responsibility; job satisfaction ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara amalan tanggungjawab sosial korporat (TSK) dalaman dengan kepuasan kerja staf di sebuah syarikat perbankan di Malaysia. Kajian ini menggunakan model piramid TSK global dan prestasi yang dibina oleh Carroll dengan dimensi TSK terpilih yang dicadangkan oleh Mohd Hasan (2013) yang terdiri daripada amalan-amalan terbaik TSK global dan tempatan. Pensampelan berbilang, iaitu pensampelan rawak mudah dan pensampelan mudah telah diguna dalam kajian ini. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 342 staf bank (pengurusan dan bukan pengurusan), walau bagaimanapun, penyelidik hanya menerima sebanyak 174 respons. Data kemudiannya dianalisis dengan menggunakan ujian Korelasi Pearson dan ujian regresi berganda melalui Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hak asasi manusia, hak pekerja dan pematuhan terhadap piawaian antarabangsa yang dikategori di bawah dimensi etika dan dimensi perundangan merupakan faktor peramal bagi meningkatkan kepuasan kerja staf. Kesimpulan, batasan kajian, implikasi dapatan dan cadangan untuk kajian masa depan juga dibincangkan. Kata kunci: Syarikat perbankan; etika perniagaan; pekerja; amalan tanggungjawab sosial korporat dalaman, kepuasan kerja

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call