Abstract

Hedging practices among Shari’ah compliant firms (ShC) are still not well explored and firms in Malaysia is very much lag behind in derivatives usage against firms in the developed countries. This study investigates the influence of financial derivatives usage on the value of Shari’ah and non-Shari’ah compliant firms (non-ShC) in Malaysia and compares the influence of derivatives usage on the value between the two categories of firms. To meet its objective, Generalized Method-of-Moment estimator (System-GMM) is employed on a set of panel data from 2000-2017. This study covers 200 firms engaged in derivatives which 59 firms are ShC firms and 141 are non-ShC firms. This study finds financial derivatives contribute positively to the value of Shari’ah compliant but negatively to the non-ShC firms. This study concludes that ShC performed better than its counterpart in risk management using derivatives. The findings enrich the current literature on the Islamic financial market and contribute to a better understanding relating to hedging activities. This study offers new evidence on risk management using derivatives in both Shari’ah and non-ShC firms and the importance of industrial diversification on firm value. This study suggests that the non-involvement in non-ShC firm’s activities contributes to the lower risk profile hence a more effective risk management of the Shari’ah compliant firms. Keywords: Risk management, derivatives, hedging, firm value, Shari’ah and non-Shari’ah compliant firms. ABSTRAK Amalan lindung nilai di kalangan firma patuh Shari’ah (ShC) masih belum diterokai dengan baik dan firma di Malaysia sangat ketinggalan dalam penggunaan derivatif berbanding firma di negara maju. Kajian ini mengkaji kesan penggunaan derivatif kewangan terhadap nilai firma patuh Shari’ah dan tidak patuh Shari’ah (bukan-ShC) di Malaysia. Kajian ini juga membandingkan kesan penggunaan derivatif ke atas nilai di antara kedua-dua kategori firma. Bagi mencapai objektif kajian, Generalized Method-of-Moment (System-GMM) diapplikasikan ke atas data panel dari 2000-2017. Kajian ini meliputi 200 firma yang terlibat dalam derivatif di mana 59 firma adalah firma ShC dan 141 adalah firma bukan ShC. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan derivatif kewangan memberi kesan positif terhadap nilai firma patuh Shari’ah tetapi negatif ke atas firma tidak patuh Shari’ah. Kajian ini membuat kesimpulan bahawa firma patuh Shari’ah adalah lebih baik dari firma tidak patuh Shari’ah dari segi pengurusan risiko menggunakan derivatif. Kajian ini menawarkan bukti baharu mengenai pengurusan risiko menggunakan derivatif dalam kedua-dua firma Shari’ah dan bukan ShC dan kepentingan kepelbagaian industri terhadap nilai firma. Kajian ini berpendapat bahawa ketidakterlibatan dalam aktiviti firma bukan ShC menyumbang kepada profil risiko yang lebih rendah justeru pengurusan risiko yang lebih berkesan bagi firma patuh Shari’ah. Kata kunci: Pengurusan risiko; derivative; lindung nilai; firma patuh Shari’ah dan tidak patuh Shari’ah.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call