Abstract

This study is aimed to assess the financial management efficiency of each insurer/takaful operator in both conventional and takaful industry. We also identify the operating system that is more efficient among the conventional and takaful system which involves 20 firms. The results from the slack-based measure (SBM) - data envelopment analysis (DEA) implied that the average insurers/takaful operators have to improve about 20% if it were to perform the best financial management practice. Clearly, the inefficiency in both functions of financial management is caused by both the input and output dimensions. This study also revealed that takaful operators exhibit a relatively more efficient financial management in terms of risk management than conventional insurers. However, it cannot be confirmed whether one type of operating system is better than the other system in terms of investment management, as the result is mixed. Keywords: Takaful operator; conventional insurer; financial management; efficiency; slack based measure – data envelopment analysis ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai kecekapan pengurusan kewangan setiap penanggung insurans/ pengendali takaful dalam kedua-dua industri konvensional dan takaful. Kami juga mengenal pasti sistem operasi yang lebih cekap dalam kalangan sistem konvensional dan takaful yang melibatkan 20 firma. Keputusa daripada slack-based measure (SBM) - analisis penyampulan data (APD)mengimplikasikan bahawa purata penanggung insurans/pengendali takaful perlu meningkatkan kira-kira 20% jika ia hendak melaksanakan amalan pengurusan kewangan terbaik. Jelas sekali, ketidakcekapan dalam kedua-dua fungsi pengurusan kewangan adalah disebabkan oleh kedua-dua dimensi input dan output. Kajian ini juga mendedahkan bahawa pengendali takaful menunjukkan pengurusan kewangan yang lebih cekap secara relatifnya dari segi pengurusan risiko berbanding penanggung insurans konvensional. Walau bagaimanapun, tidak boleh dipastikan sama ada satu sistem operasi adalah lebih baik daripada sistem yang lain dari segi pengurusan pelaburan kerana keputusannya adalah bercampur-campur. Kata kunci: Pengendali takaful; penanggung insurans konvensional; pengurusan kewangan, kecekapan, slack based measure – analisis penyampulan data

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call