Abstract

Masalah pengangguran di Malaysia merupakan isu kritikal yang memberi impak negatif terhadap pembangunan negara. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kebolehpekerjaan (employability) graduan lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat, Selangor. Kajian ini mengenalpasti kebolehpekerjaan (status bekerja/tidak bekerja/sambung belajar) graduan Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, menganalisis sektor pekerjaan graduan dan melihat purata gaji graduan lepasan Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat yang berada dalam pasaran kerja semasa. Seramai 755 graduan lepasan ILPKLS dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini yang dijalankan menggunakan kaedah borang kaji selidik secara atas talian dan temu ramah melalui telefon. Hasil kajian mendapati bahawa 24.78% daripada responden telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, manakala sebanyak 60.9% responden telah mendapat pekerjaan dengan 69.13% adalah pekerjaan bertaraf tetap selepas menamatkan pengajian di ILPKLS. Sebanyak 80.48% daripada pelajar memperoleh pekerjaan ini bekerja dalam bidang latihan yang diceburi dan 73.24% graduan mendapat gaji permulaan sebanyak RM1000 ke atas selaras dengan saranan kerajaan untuk meningkatkan penduduk berpendapatan tinggi. Kajian ini mendapati, hanya 6.09 peratus sahaja graduan yang masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran mereka. Kajian ini merumuskan bahawa majoriti graduan lepasan ILPKLS memperoleh pekerjaan pertama mereka dengan kemahiran yang ada dan gaji yang sesuai. Kata Kunci: Kebolehpasaran graduan; pengangguran graduan; kebolehpekerjaan; pendidikan vokasional; graduan berkemahiran Unemployment in Malaysia is a critical issue that gives negative impacts toward national development. This study is to determine the employability of graduates from Industrial Training Institute (ITI) Kuala Langat, Selangor. This study identified employability of graduates from ITI Kuala Langat, analysed job sectors for graduates and observed the average salary of graduates of ITI Kuala Langat (ITIKLS) in the current job market. 755 graduates from ITIKLS were selected at random as respondents in this study, which were conducted using internet-based questionnaires and telephone interviews. The results indicated that 24.78% of the respondents have continued their studies at a higher level, whereas 60.9% of the respondents are employed, with 69.13% of them have permanent jobs after graduated from ITIKLS. About 80.48% of the students that are already employed are working in their field of training and 73.24% of the graduates have received starting salaries of over 1000 MYR in accordance with the government’s proposition to increase the high-income population. Based on this study, only 6.09% of the graduates are still finding jobs that are suitable to their skills. This study concludes that the majority of the graduates from ITIKLS have found their first jobs with required skills and appropriate salaries. Keywords: Graduate marketability; graduate unemployment; employability; vocational education; skilled graduates

Highlights

  • Unemployment in Malaysia is a critical issue that gives negative impacts toward national development

  • This study identified employability of graduates from ITI Kuala Langat, analysed job sectors for graduates and observed the average salary of graduates of ITI Kuala Langat (ITIKLS) in the current job market. 755 graduates from ITIKLS were selected at random as respondents in this study, which were conducted using internet-based questionnaires and telephone interviews

  • The results indicated that 24.78% of the respondents have continued their studies at a higher level, whereas 60.9% of the respondents are employed, with 69.13% of them have permanent jobs after graduated from ITIKLS

Read more

Summary

Lain-lain

Berdasarkan Jadual 3, didapati graduan berbangsa Melayu paling ramai dihasilkan pada tahun 2015-2016 iaitu sebanyak 80.93%, diikuti India sebanyak 14.30%, dan Cina sebanyak 3.05%. Mengikut rekod Kementerian Pendidikan Malaysia, pelajar Melayu lebih ramai melanjutkan pengajian ke IPTA berbanding kaum-kaum lain walaupun sistem meritokrasi dilaksanakan (Utusan, 2013). Bumiputera Melayu diberi peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran dan teknikal selaras dengan objektif Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2016 (MARA, 2016). ILP Kuala Langat menawarkan program di peringkat sijil (SKM tahap 3) dan juga diploma (SKM tahap 4). Kursus-kursus yang ditawarkan adalahh Teknologi Cadd Senibina, Teknologi Cadd Mekanikal, Teknologi Perisian Multimedia Interaktif, Teknologi Perisian Pengaturcaraan, Teknologi Komputer Rangkaian dan Mekatronik. Jadual 3 menunjukkan bilangan graduan mengikut kursus yang ditawarkan; JADUAL 4. Bilangan Responden Mengikut Kursus Di ILP Kuala Langat tahun 2015-2016

Sijil Teknologi Cadd Senibina
Findings
Bekerja
Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.