Abstract

Revolusi penggunaan internet menyediakan pengurusan korporat dengan kaedah yang unik bagi komunikasi maklumat korporat, termasuk maklumat kewangan, terus kepada para pelabur, bakal pelabur dan para pemegang saham. Konsisten dengan kemajuan internet sebagai alat komunikasi yang murah tetapi berpengaruh, pendedahan maklumat kewangan menerusi internet menjadi subjek kajian yang semakin popular. Banyak kajian telah dij alankan terhadap keberkesanan, kaedah dan kualiti Pelaporan Kewangan Menerusi Internet (PKMI) sepanjang dekad yang lalu. Bagaimanapun, kebanyakan kajian awal PKMI ini lebih bersifat deskriptif dan penerokaan. Justeru, kajian tersebut tidak mampu menerangkan item yang dapat mewakili tahap PKMI. Walaupun kebanyakan kajian mengakui kebenaran bahawa proksi yang bersesuaian seperti indeks pelaporan boleh digunakan bagi pemahaman mendalam mengenai kecanggihan maklumat yang dilaporkan oleh syarikat, namun masih sedikit usaha yang dilakukan untuk membina indeks tersebut. Daripada kajian yang sedikit ini, penggunaan dimensi bagi mewakili PKMI tidak konsisten dalam kalangan penyelidik. Perbezaan ini menyumbang kepada perbezaan dapatan kajian dan seterusnya gagal menerangkan dengan jelas faktor yang mempengaruhi tingkah laku PKMI. Oleh itu, artikel ini membincangkan isu berkaitan indeks pelaporan melalui sorotan literatur secara komprehensif dan kemudiannya mencadangkan dimensi yang bersesuaian bagi indeks pelaporan untuk mewakili PKMI.

Highlights

  • Many have investigated the extent, mode and quality of internet financial reporting (IFR) over the last decade

  • The paper provides a basis for mapping existing and future studies on IFR and constructing scenarios of future studies in this area

  • Voluntary financial reporting on the internet- analysis of the practice of stock-market listed crotian and slovene joint stock companies

Read more

Summary

Universiti Utara Malaysia

Revolusi penggunaan internet menyediakan pengurusan korporat dengan kaedah yang unik bagi komunikasi maklumat korporat, termasuk maklumat kewangan, terus kepada para pelabur, bakal pelabur dan para pemegang saham. Banyak kajian telah dijalankan terhadap keberkesanan, kaedah dan kualiti Pelaporan Kewangan Menerusi Internet (PKMI) sepanjang dekad yang lalu. Kajian tersebut tidak mampu menerangkan item yang dapat mewakili tahap PKMI. Walaupun kebanyakan kajian mengakui kebenaran bahawa proksi yang bersesuaian seperti indeks pelaporan boleh digunakan bagi pemahaman mendalam mengenai kecanggihan maklumat yang dilaporkan oleh syarikat, namun masih sedikit usaha yang dilakukan untuk membina indeks tersebut. Daripada kajian yang sedikit ini, penggunaan dimensi bagi mewakili PKMI tidak konsisten dalam kalangan penyelidik. Perbezaan ini menyumbang kepada perbezaan dapatan kajian dan seterusnya gagal menerangkan dengan jelas faktor yang mempengaruhi tingkah laku PKMI. Artikel ini membincangkan isu berkaitan indeks pelaporan melalui sorotan literatur secara komprehensif dan kemudiannya mencadangkan dimensi yang bersesuaian bagi indeks pelaporan untuk mewakili PKMI.

KELEBIHAN DAN PENYELIDIKAN PKMI
PENGGUNAAN INDEKS PELAPORAN
Keperluan dan Sukarela
Maklumat Perakaunan dan Maklumat Kewangan
Crotia dan Slovia
Atribut Am dan Atribut Kewangan atau berkaitan dengan Laporan tahunan
Penilaian Kriteria
Tiada PKMI
Sokongan Pengguna
Kandungan Pemasaan Teknologi
Keterangan Pengoperasian
Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call