Abstract

Penurasan merupakan unit operasi utama bagi loji olahan air. Media penuras yang lazim digunakan adalah berbentuk butiran seperti pasir, antrasit, arang, magnetik, garnit dan tempurung kelapa. Prestasi penuras media berbentuk butiran telah terbukti berkesan. Walau bagaimanapun, keperluan media penuras alternatif yang kos efektif masih diperlukan memandangkan kos operasi dan kos pengeluaran air sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Dewasa ini kajian telahpun dijalankan terhadap potensi butiran arang tempurung kelapa sawit sebagai media penuras. Bahan ini merupakan sisa buangan pepejal yang terdapat dengan banyaknya hasil dari pemprosesan industri minyak sawit. Dalam kajian ini, pasir dan butiran arang tempurung kelapa sawit (BOPS) telah digunakan sebagai penuras satu-media dan penuras dua-media pada beberapa saiz efektif, Es (iaitu Es 0.4 dan 0.6 untuk pasir, Es 1.0 dan 2.0 untuk BOPS) dan kadar alir (iaitu 10 dan 15 m3/m2.jam). Prestasi penurasan adalah dipengaruhi oleh ketebalan penuras, kualiti air influen, kadar alir air dan saiz efektif media penuras. Keputusan menunjukkan bahawa penuras mampu menghasilkan kualiti air yang tinggi (

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.