Abstract
Usahawan sering berhadapan dengan cabaran dan rintangan dalam menguruskan perniagaan. Maka, usahawan harus merancang,mengurus, mengelola dan melaksanakan strategi perniagaan dengan efisyen, cekap dan berkesan. Ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, Malaysia juga turut terkesan dengan wabak ini sehingga berlakunya krisis ekonomi yang mencabar. Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, keadaan pandemik ini sudah pasti memberi cabaran utama terhadap aliran pendapatan perniagaan kerana operasi perniagaan terpaksa dihentikan sepanjang tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membendung wabak ini. Kertas kerja ini membincangkan cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh usahawan ketika tempoh PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif telah dilakukan melalui temubual secara atas talian dan bersemuka terhadap sepuluh (10) usahawan kecil yang menjalankan perniagaan madu kelulut di Daerah Sik, Kedah. Seterusnya, penyelidik juga telah memperolehi maklumat berkaitan usahawan tentang cabaran yang dihadapi melalui temubual bersemuka. Hasil dapatan mendapati usahawan kecil menyatakan tempoh pandemik Covid-19 memberi impak negatif terhadap jualan dan aliran pendapatan usahawan PKS. Terdapat lima permasalahan dan cabaran utama yang dihadapi usahawan kecil ketika pandemik Covid-19. Cabaran dan permasalahan tersebut dikategorikan kepada lima klasifikasi utama iaitu masalah pemasaran, masalah pengurusan, masalah pengeluaran, masalah produk dan masalah kewangan. Justeru, usahawan PKS haruslah bijak menangani dan menguruskan perniagaan ketika wabak pandemik daripada segala aspek perniagaan demi kelestarian perniagaan usahawan kecil di Malaysia.
Talk to us
Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have
Similar Papers
Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.