Abstract
Salah satu daripada unsur utama keperluan hidup manusia adalah pemakanan. Pemakanan berperanan penting terhadap pembangunan insan sama ada pembangunan fizikal, spiritual, mental atau emosi. Konsep makanan dalam Islam diklasifikasikan kepada makanan halal, makanan makruh, makanan haram dan makanan syubhah. Amalan pemakanan halal amat ditekankan oleh Islam bertujuan untuk memastikan fizikal dan rohani umat Islam sentiasa harmoni, suci dan dicintai Allah SWT. Berbeza dengan amalan pemakanan haram yang banyak mengakibatkan kemudaratan kepada pemakannya. Antaranya, makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga dia lebih gemar melakukan maksiat dan benci akan ketaatan, mendatangkan bahaya serta memberi kesan buruk kepada fizikal dan mental. Selain daripada itu, amalan pemakanan secara melampaui batasan juga menyebabkan pelbagai jenis penyakit kepada pemakannya. Perkara ini dipaparkan di dalam alQuran dan Hadis. Kitab Fi Zilal al-Quran merupakan salah sebuah daripada kitab-kitab tafsir di pasaran yang banyak membantu umat Islam dalam memahami terjemahan dan tafsiran ayat-ayat suci al-Quran dengan jelas dan sempurna.
Talk to us
Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have
Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.