Abstract

Kemajuan pembangunan perumahan memainkan peranan penting dalam merangsang perkembangan ruang bagi kawasan baru. Dinamika ruang dan perkembangan sektor perumahan sentiasa berubah dan meningkat, lantas memerlukan pembaharuan dasar perumahan. Justeru, penulisan artikel ini adalah untuk menyingkap senario dan sejarah pembangunan perumahan awam di Negeri Selangor sebelum merdeka hinggalah masa kini (2018). Data yang digunakan adalah data primer dan data sekunder. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari segi sejarahnya, perkembangan perumahan awam di negeri Selangor bermula dengan pembinaan kediaman untuk kakitangan kerajaan ketika penjajahan British di Tanah Melayu termasuk di negeri Selangor. Selepas merdeka, rumah panjang dibina untuk peneroka bandar, diikuti rumah pangsa kos rendah dan rumah teres mampu milik oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Sekitar tahun 2000, perumahan moden dan lebih selesa diduduki mula dibina di kawasan Kota Damansara, Kelana Jaya, Ampang dan Sungai Buloh. Pada tahun 2013, Kerajaan Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor memperkenalkan rumah mampu milik yang dikenali sebagai ‘Rumah Selangorku’ untuk rakyat Selangor. Sehingga tahun 2018, PKNS masih menawarkan rumah yang bersifat komersial iaitu kos sederhana tinggi dan kos tinggi di Shah Alam, Bernam Jaya, Antara Gapi, Setia Alam, Kota Puteri dan Kuala Selangor sesuai dengan status negeri ini sebagai antara negeri termaju di Malaysia. Kata kunci : dasar perumahan, dinamika ruang, negeri termaju, pembangunan, perumahan, rumah mampu milik Advancement of housing development plays an important role in stimulating the development of space in new areas. The spatial dynamics and the development of the housing sector are constantly changing and rising, thus requiring the renewal of housing policy. The purpose of this article is to reveal the scenario and history of public housing development in the State of Selangor before independence until 2018. The data used for this research are primary and secondary data. The findings show that in terms of its history, the development of public housing in the state of Selangor began with the construction of residences for government servants during British occupation in Malaya, including in Selangor. After independence, longhouses were built for urban settlers, followed by low-cost flats and affordable terrace houses by the Selangor State Development Corporation. Around year 2000, modern and more comfortable housing was built in Kota Damansara, Kelana Jaya, Ampang and Sungai Buloh areas. In 2013, the Selangor Government through the Selangor Housing and Property Board introduced affordable housing known as ‘Rumah Selangorku’ for the people of Selangor. Up to 2018, PKNS still offers medium- and high-cost commercial property in Shah Alam, Bernam Jaya, Antara Gapi, Setia Alam, Kota Puteri and Kuala Selangor in line with the state’s status as one of the most advanced states in Malaysia. Keywords : housing policy, spatial dynamics, advanced state, development, housing, affordable housing https://doi.org/10.17576/geo-2018-1401-04

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.