Abstract

The South African Muslim scholar, Yusef Waghid, conceptualized Islamic education by creatively using the maximalist-minimalist theoretical frame. Waghid brought into the discussion numerous interrelated concepts and terms that helped to construct his conceptualization. In response to this process and application to this genre of education, this essay review evaluates Waghid’s text.
 
 Abstrak:
 
 
 Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kecenderungan berinteraksi dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (ITE) Negeri Sabah dan Sarawak, Malaysia. Kajian juga meneliti prediktor demografi bagi aras interaksi dan mempertimbangkan bagaimana interaksi berlaku dalam pelbagai persekitaran di ITE di antara pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik. Perhatian khusus diberikan kepada bagaimana guru pelatih berinteraksi semasa mereka mengambil bahagian dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum, di kolej-kolej kediaman dan semasa aktiviti-aktiviti harian mereka dan dalam talian. Faktor-faktor demografi termasuk tahap pengajian, etnik dan agama. Sampel terdiri daripada 299 orang mahasiswa semester ketiga Asasi Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) dan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Soal selidik yang dibina sendiri berdasarkan tinjauan literatur yang luas telah digunakan untuk pengumpulan data. Analisis desriptif mendedahkan bahawa tahap kecenderungan berinteraksi keseluruhan di kalangan pelajar yang berbilang kaum adalah tinggi. Paras tertinggi ialah interaksi dalam persekitaran ko-kurikulum, diikuti oleh interaksi dalam aktiviti harian, interaksi di kolej-kolej kediaman dan berinteraksi dalam aktiviti-aktiviti kurikulum. Tahap penghayatan semangat perpaduan di kalangan pelajar yang berbilang kaum adalah tinggi. Keputusan juga menunjukkan bahawa hubungan dengan rakan sebaya adalah merupakan penyumbang kuat kepada kecenderungan para pelajar untuk berinteraksi dengan orang dari pelbagai latar belakang etnik, diikuti pengalaman sekolah, pengaruh keluarga dan media massa. Keputusan ini adalah penting untuk para pendidik guru dan penggubal dasar dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.