Pengaktifan Peroksimonosulfat secara Heterogen oleh MCM-41 Terdop Kobalt untuk Penyingkiran Fluorokuinolon
Abu sekam padi yang terhasil daripada sekam padi lazimnya mempunyai ketumpatan pukal yang rendah serta menimbulkan cabaran dari segi alam sekitar dan kesihatan manusia, khususnya disebabkan kesukaran untuk dilupuskan dengan selamat. Kandungan silika amorfus yang tinggi dalam abu ini menjadikannya bahan yang sangat sesuai untuk pelbagai kegunaan dalam bidang perindustrian seperti komposit polimer, pembuatan kaca, seramik dan cat serta dalam teknologi moden seperti sistem penghantaran ubat, penjerapan karbon dan penyimpanan tenaga. Dalam penyelidikan ini, bahan berstruktur mesopori yang dikenali sebagai Mobil Composition of Matter No. 41 (MCM-41) telah disintesis dengan menggunakan sekam padi sebagai sumber utama silika untuk pengaktifan peroksimonosulfat (PMS) bagi penyingkiran gatifloksasin (GAT). Seterusnya, pendopan Co dalam struktur MCM-41 dilaksanakan melalui gabungan kaedah impregnasi dan kalsinasi. Pemangkin yang dihasilkan (MCM, Co-MCM-1, Co-MCM-2 dan Co-MCM-4) telah dikaji cirinya menggunakan mikroskopi elektron pengimbasan-pancaran resolusi tinggi (FESEM), transformasi Fourier inframerah spektroskopi (FTIR), difraktometer sinar-X (XRD) dan gravimetri terma (TGA). Kajian mendapati Co-MCM-4 menunjukkan keberkesanan tertinggi dalam penyingkiran GAT dengan kadar 0.0059 min-1. Kecekapan penyingkiran ini meningkat pada keadaan optimum, iaitu pemuatan pemangkin sebanyak 0.25 g L-1 (0.0127 min-1), dos PMS sebanyak 0.90 g L-1 (0.0207 min-1), dan nilai pH 9 (0.0265 min-1). Selain itu, Co-MCM-4 turut menunjukkan keupayaan guna semula yang baik dengan kecekapan penyingkiran GAT melebihi 60% selepas empat kitaran. Ujian perencat radikal menunjukkan SO4 •− dan •OH berperanan secara langsung dalam proses penyingkiran GAT. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan potensi tinggi Co-MCM-4 yang dihasilkan daripada bahan buangan untuk digunakan sebagai pemangkin dalam pengaktifan PMS dan penyingkiran antibiotik secara mampan.
- Ask R Discovery
- Chat PDF
AI summaries and top papers from 250M+ research sources.