Abstract

Pendidikan sedang melalui satu paradigma baharu sejajar dengan tuntutan semasa secara global. Sistem pendidikan perlu penyesuaian dan keseimbangan dengan situasi yang disebabkan oleh pandemik Covid-19. Pendidikan tetap diteruskan walaupun sebarang halangan mahupun rintangan. Paradigma baharu dalam pendidikan iaitu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) telah menjadi alternatif pembelajaran semasa. Hal ini seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu setiap murid mendapat akses pendidikan dan mengikuti pendidikan walaupun dari rumah. Paradigma baharu ini adalah satu penyesuaian yang perlu diadaptasi, dilaksanakan dan dilaporkan agar kelangsungan serta kualiti pendidikan terjamin. Tujuan kertas konsep ini untuk membincangkan paradigma baharu dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan merungkai kajian-kajian lepas. Kajian-kajian lepas merungkaikan bahawa pengajaran dan pembelajaran di rumah perlu diadaptasi, dilaksanakan serta dilaporkan agar mencapai matlamat yang ditetapkan oleh pemegang taruh. Namun begitu, kekangan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tetap wujud. Kekangan-kekangan ini sentiasa diperhalusi, ditambahbaik dan diatasi. Pelbagai pendekatan seperti dokumen manual, kursus, webinar, gajet dan lain-lain sokongan sentiasa diberikan agar pengajaran dan pembelajaran di rumah tetap dilaksanakan dengan baik.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.